Politics
232

Shahidan terima keputusan bukan lagi Pengerusi UMNO Perlis

Kuala Lumpur – Datuk Seri Shahidan Kassim menerima keputusan pelucutan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.

Shahidan, yang juga Ahli Parlimen Arau, berkata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untuk melantik sesiapa yang terbaik untuk  jawatan itu.

“Apa pun saya berterima kasih kepada presiden (Ahmad Zahid) yang telah memberi kepercayaan kepada saya selama ini.

“Presiden telah membuat keputusan, jadi keputusan ini kita akan patuhi. Cumanya kita belum mendapat apa-apa maklumat rasmi dan hanya melalui kenyataan media,” katanya dalam sidang media di sini.

Petang tadi, Ahmad Zahid dalam kenyataan memaklumkan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu, menggantikan Shahidan berkuat kuasa Sabtu. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu