Nation
259

Siap sedia peralihan sosioekonomi pasca Covid-19 : PM Muhyiddin

Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masa untuk sektor industri dan peniagaan bersiap sedia untuk peralihan sosioekonomi pasca COVID-19 selepas kerajaan mempercepatkan program vaksinasi dan melaksanakan dasar serta pelan pemulihan.

Perdana Menteri berkata perubahan pantas yang tidak pernah berlaku akibat pandemik ini telah mendorong negara untuk terus menyelaras agenda kelestarian susulan pelbagai impak dalam kehidupan rakyat.

Dalam soal ini, Muhyiddin memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan menyeluruh bagi memastikan dasarnya jelas dan kondusif untuk pembangunan ekonomi yang mampan.

“Adalah penting kita kekal tangkas dengan libat urus dengan semua pengiat industri dan pihak berkepentingan untuk menyampaikan ‘kesihatan planet’ dengan lebih baik dalam jangka panjang.

“Pandemik ini telah memberi dorongan segar untuk kita semua memainkan peranan dalam agenda kelestarian,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM 2021) secara maya hari ini, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu