Nation
754

Siasatan helikopter rentas negeri ambil pesanan nasi ganja selesai : Polis

Ipoh – Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung kejadian sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja pada 23 Julai lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan itu turut dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Jumaat lalu.

“Saya difahamkan, kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut.

“Maka, kita sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Peguam negara,” katanya ketika ditemui pada Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.

Helikopter itu mendarat di Padang Ipoh pada jam 10 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus ‘nasi ganja’ dari sebuah restoran di bandar ini.

Helikopter berkenaan mempunyai surat kebenaran merentas negeri dikeluarkan Polis Selangor tetapi hanya bagi tujuan penyelenggaraan pesawat.

Tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk yang dikenalpasti terbabit dalam kes pendaratan helikopter model Bell 505 itu juga selesai dirakam percakapan mereka, minggu lalu.

Antara dipanggil memberi keterangan adalah lelaki bergelar Datuk dan pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini lima individu atau pihak dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan termasuk pengadu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Kita akan semak dengan yang lain termasuk pemilik restoran ‘nasi ganja’,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu