Nation
207

Siasatan SPRM tidak jejaskan pengurusan AKSB : MB Kelantan

Kota Bharu – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak akan menjejaskan pengurusan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri mengambil maklum mengenai siasatan tersebut dan akan memberi kerjasama penuh.

“Siasatan dijalankan ke atas bekas pengurus besar (AKSB), jadi tidak ada masalah kepada pengurusan AKSB,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan, di sini hari ini.

Jumaat lepas, Bernama melaporkan SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu