Nation
148

Sidang Parlimen kekal bermula 6 Sept

Kuala Lumpur – Dewan Rakyat tiada menerima pemakluman perubahan tarikh mesyuarat pertama penggal keempat, Parlimen ke-14 setakat ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata tarikh mesyuarat itu kekal bermula pada 6 September depan.

“Setakat ini, tiada pemakluman mengenai apa-apa tarikh mesyuarat Parlimen selain dari yang diumumkan sebelum ini, iaitu Mesyuarat Penggal Keempat yang akan bermula pada 6 September 2021,” katanya kepada BH, hari ini.

Berdasarkan takwim dan Aturan Urusan Mesyuarat disiarkan di portal rasmi Parlimen, Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-14 akan berlangsung bermula 6 hingga 30 September ini.

Azhar dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan, istiadat pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 6 September ini.

Beliau dilaporkan berkata, istiadat akan berlangsung pada jam 10 pagi di Bangunan Parlimen.

Mesyuarat pertama dijadual berlangsung 15 hari bermula 6 sehingga 30 September 2021 manakala mesyuarat kedua selama 32 hari bermula 25 Oktober sehingga 16 Disember.

Sidang Dewan Rakyat yang membuka tirainya bulan depan, bakal menyaksikan perubahan Ketua Majlis selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu