Kuala Lumpur Post

Social

Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat

KUALA LUMPUR — Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemukan selamat awal pagi tadi.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Syarifah Rosfazila Syed Mohd Fazili, 41, ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini pada Selasa.

Semalam, media melaporkan, polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung kehilangan Siti Dhia Batrisyia, iaitu ahli keluarga serta beberapa rakan kanak-kanak itu.

Syarifah Rosfazila sebelum ini dipetik berkata, anak sulungnya itu didapati tidak pulang selepas keluar rumah pada hari kejadian.

Menurutnya, perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua dipercayai menjadi punca anaknya itu bertindak keluar dari rumah dan tidak pulang sehingga kini.