Nation
326

Skala gred SPM tular bukan dari KPM

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) malam tadi menafikan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular di media sosial adalah daripada Lembaga Peperiksaan kementerian berkenaan.

KPM dalam kenyataan berkata ‘Skala Gred SPM’ itu menggambarkan seolah-olah ia gred permarkahan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan itu.

“Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 semalam  dan juga laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut,” kata KPM.

Kenyataan itu menyebut dakwaan itu mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di media sosial Facebook milik ‘MamaMia Mia’ semalam mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan.”

Skala gred yang kini tular itu menunjukkan jadual skala markah diturunkan, antaranya untuk Matematik Tambahan, pelajar mendapat A- meskipun memperoleh skor hanya 50, manakala Bahasa Inggeris dan Melayu, dengan skor 66, pelajar memperoleh A. — Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu