Nation
431
0

Songlap atau sedekah, Rayer sila jawab – Najib

“Hari ini ada sesi parlimen. Sebab itu saya nak tanya dia sekali lagi. Silap-silap kita terserempak dalam Dewan, dia boleh jawab saya,” tegas Datuk Seri Najib Razak melalui paparan Facebook beliau.

Najib menujukkan persoalan berikut:

Adakah RM209 juta sudah dibayar Guan Eng sebagai sebahagian bayaran RM305 juta gila mahal untuk kos membuat laporan projek terowong itu juga sedekah kepada syarikat kroni terowong?

Adakah ianya dianggap bantuan kepada syarikat terowong supaya mereka ada tanah untuk membina projek kondo mewah City of Dreams bernilai RM2 bilion?

Dan selepas itu syarikat terowong sedekahkan kepentingan 10% dalam projek terowong bernilai RM6.3 bilion dan turut sedekahkan cash berjuta-juta Ringgit kepada seorang akauntan gagal tertentu.

“Itu kira songlap oleh ahli parlimen PH ke tidak? Ataupun juga dikira sedekah?”

“Dan berapa juta Ringgit dari imbuhan projek terowong yang akhirnya diberi kepada Rakyat oleh akauntan gagal tertentu?,” beliau soal dengan nada sinis.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu