Nation
150

Speaker Dewan Rakyat, timbalan menghadap Agong

Kuala Lumpur – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pagi ini, lapor BH Online.

Kenderaan yang membawa Azizan dilihat memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira jam 9.30 pagi, diikuti Rashid pada jam 10.20 pagi.

Turut dijadualkan menghadap pagi ini ialah yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Difahamkan, Seri Paduka memanggil mereka menghadap untuk membincangkan hal berkaitan persidangan Parlimen.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu