Nation
215

SPRM akan panggil beberapa individu isu tanah di Bagan Tiang

Ipoh – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, akan memanggil beberapa individu berhubung dakwaan pemberian sebidang tanah kerajaan di Bagan Tiang, Parit Buntar kepada sebuah syarikat, lapor Bernama.

Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, susulan dakwaan pemberian tanah seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat, untuk pelaksanaan projek ternakan udang itu.

“Antara saksi yang bakal dipanggil termasuk daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), serta pejabat daerah dan tanah untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dilakukan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, sebelum ini.

“Kita juga sudah mengambil keterangan daripada pengadu pada hari aduan dilakukan, dan kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada 22 Jun lepas, Ketua AMK negeri Muhamad Hairul Amir Sabri membuat laporan di pejabat SPRM Perak, yang antara lain meminta siasatan ke atas sebuah syarikat yang berjaya memperoleh kelulusan untuk tanah itu, sedangkan ia baru ditubuhkan September tahun lepas namun kelulusan pemberian tanah pula diberikan dua bulan kemudian.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu