Nation
183

SPRM cari 3 individu untuk bantu siasatan

Kota Kinabalu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang berusaha mengesan tiga individu lelaki bagi membantu siasatan berkaitan dua kes berasingan.

SPRM dalam kenyataan hari ini memberitahu dua daripadanya ialah Simon Gacou Fabian, 51, alamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, Labuan; dan Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah, 36, alamat terakhir di Kampung Purak, Papar, Sabah; kedua-duanya bagi membantu siasatan satu kes di bawah Akta SPRM 2009.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Jennifer Christopher dengan menelefon 016-2038172/088-488381 atau emel ke alamat jennifer@sprm.gov.my,” kata kenyataan itu.

Sementara itu seorang lagi yang sedang dicari ialah Mohd Nazim Ag Abdullah, 45, beralamat di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah; bagi membantu siasatan berkaitan projek naik taraf sebuah sekolah.

“SPRM meminta sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran dengan menelefon 016-881 7679/088-488381 atau emel ke alamat rajin@sprm.gov.my,” katanya. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu