Social
303

SPRM dakwa pegawainya terima rasuah RM100,000

Shah Alam – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa seorang pegawainya bersama seorang lagi individu atas kesalahan rasuah di Mahkamah Seksyen, hari ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, pegawai berkenaan, Shahrul Izuan Mohd Zin, 41, dituduh bersubahat dengan Teoh Peng Sin, 55, bagi menerima suapan wang tunai berjumlah RM100,000.

“Ia sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan terhadap seorang individu di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Kedua-dua tertuduh ditahan oleh SPRM pada 14 April lalu dan pertuduhan hari ini dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rozilah Salleh,” katanya.

Menurutnya, pegawai terbabit juga sebelum ini pernah ditahan oleh pihak polis berkaitan kes siasatan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, bagaimanapun pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan kes berkenaan.

“SPRM ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka melakukan perkara berkenaan,” katanya. — Harian Metro

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu