Kuala Lumpur Post

Social

SPRM kesan 2 individu bantu siasatan

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu berkenaan dikenali sebagai Aries Ryan Phillip Among, 29, dan Ika Ka Shira Jeffry, 26.

“Aries Ryan mempunyai alamat terakhir di No. 42, Lorong 5, Taman Hilton Donggongon, 88300 Penampang, Sabah manakala Ika Ka Shira pula mempunyai alamat terakhir di Lot 15, Lorong 14, Ujana Kingfisher, Kuala Inanam, Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, ” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan menghubungi pegawai penyiasat Masnah Basir di talian 088-488381, 016-8811870 atau emel kepada masnah@sprm.gov.my.

Tags: ,