Nation
370

SPRM pandang serius dakwaan pembolotan projek ekonomi di Melaka

Melaka – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron kononnya berlaku pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

Menerusi satu kenyataan hari ini, SPRM berkata pihaknya akan menghantar pegawai untuk bertemu dengan Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Menurut SPRM, mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009,” katanya.

Semalam, Idris dilaporkan mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir, yang menyebabkan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu