Social
222

SPRM tahan pengurus syarikat, penjawat awam

Kota Kinabalu – Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan, kerana disyaki terlibat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan projek penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan, membabitkan nilai RM336,000 pada 2019.

Kedua-dua lelaki itu ditahan ketika hadir bagi membantu siasatan kes tersebut, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan, petang semalam.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy semasa dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan hari ini bagi permohonan reman, dan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazal membenarkan tempoh tahanan reman selama enam hari bermula hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu