Social
725

Suami bantu isteri kahwini kekasih gelap

New Delhi – Seorang suami dilaporkan mencetuskan kekeliruan di India apabila membantu isteri yang dikahwininya sejak tujuh tahun lalu berkahwin de­ngan kekasih hati wanita itu, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Uttam Mandal berkahwin ­dengan Sapna Kumari pada 2014 dan memiliki dua orang anak.

Hubungan mereka yang pada mulanya bahagia, bertukar sebaliknya apabila Sapna jatuh hati dengan seorang saudara Uttam yang kerap berkunjung ke rumah mereka, Raju Kumar.

Kedua-duanya kemudian menjalin hubungan cinta.

Hubungan sulit mereka dike­tahui Uttam dan selepas beberapa kali bertengkar, Uttam mengambil keputusan untuk mengalah. Dia kemudian membantu isterinya berkahwin de­ngan Raju.

“Jika saya tidak mengambil jalan ini, hidup tiga individu akan musnah. Kini, kami semua boleh berbahagia,” katanya kepada stesen televisyen ETV Bharat.

Ibu dan bapa Sapna memujuk wanita itu supaya tidak berpisah dengan Uttam namun terkejut apabila Uttam sendiri meyakinkan mereka untuk membenarkan Sapna berkahwin dengan Raju. Dia turut menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Tidak dapat dipastikan sama ada Uttam dan Sapna sudah bercerai sebelum itu. Kedua-dua anak pasangan itu tinggal bersama ­Uttam selepas Sapna enggan menjaga mereka. – Agensi

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu