Social
371

Suami bunuh isteri kerana tak dibenar nikah lagi

Lampung – Gara-gara tidak dibenarkan bernikah lagi, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya sendiri di Kampung Tanjung Ratu, Lampung Selatan.

Lapor Tribunnews, suspek dikenali sebagai JK, 45 berasal dari Lampung Tengah bertengkar dengan isterinya, Tukini di dalam kereta.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Balai Polis Lampung Tengah, Edy Qorinas berkata, suspek kesal kerana mangsa meminta dirinya tidak bernikah lagi, namun tidak dihiraukan sehingga lelaki itu keluar dari kereta dan mengambil sebatang kayu yang ada di belakang.

“Suspek dikatakan memukul kayu tersebut ke arah wajah dan tubuh mangsa.

“Kes tersebut terbongkar selepas penemuan mayat mangsa yang terapung dalam perigi di kawasan kebun,” katanya.

Menurut Edy, suspek juga melakukan pembunuhan itu kerana ingin menguasai harta mangsa berdasarkan penemuan sejumlah barang bukti milik mangsa ketika ditangkap di Kampung Binjai Ngagung, Bekri.

“Kita menemui barang bukti seperti sebuah kenderaan, perhiasan, geran tanah dan wang tunai 30 juta rupiah (RM8,488) yang dipercayai milik mangsa,” ujarnya.

Menurut Edy, suspek cuba memperdayakan mangsa dengan meletakkan kad pengenalan orang lain di lokasi mayat mangsa ditemui.  – Tribunnews

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu