Social
220

Suami isteri, 2 rakan didakwa edar dadah

Kota Bharu – Sepasang suami isteri bersama dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 392.767 kilogram (kg), dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada empat tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh iaitu Khairul Idzam Khairuddin, 50, bersama isterinya, Fazliana Zainudin, 37, dan dua rakan, Mohd Kamarul Kamaludin, 37, serta Adibah Noor Nekmat, 31, didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya disyaki kanabis dengan berat kasar 392.767 kg.

Kesalahan itu dilakukan mereka di sebuah rumah di Kampung Paya Bemban di sini, jam 8 malam pada 20 April 2021.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin, manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas merampas ganja dan syabu bernilai RM4.5 juta menerusi dua serbuan di Kota Bharu dan Tanah Merah, dua minggu lalu.

Serbuan di dua lokasi di Kota Bharu pada jam 8 malam, merampas 393 kg dadah jenis ganja yang dianggarkan bernilai RM982,500 dan menahan empat suspek termasuk dua wanita berusia 31 hingga 50 tahun. – BH Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu