Social
261

Suami isteri cemas cermin kereta ditembusi objek

Kluang – Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila cermin sisi Perodua Alza dinaiki pecah ditembusi objek yang belum dikenal pasti ketika melalui Jalan Kampung Batu 7, Renggam – Simpang Rengam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng, berkata dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, pasangan berusia 30-an itu dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Kluang.

“Ketika pengadu memandu kereta jenis Perodua Alza bersama isterinya, terdengar bunyi hentakan kuat di tingkap kanan keretanya.

“Pengadu telah memberhentikan kenderaannya berhampiran sebuah premis dan selepas membuat pemeriksaan, mendapati cermin sisi depan kanan dan kiri retak serta terdapat kesan lubang tembus kecil disyaki akibat sesuatu ketulan keras.

“Dalam kejadian ini pengadu bersama keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan telah dijalankan dengan bantuan Forensik dari Ibu Pejabat Kotinjen (IPK) Johor dan tidak menjumpai apa-apa serpihan peluru atau ‘bearing’ yang boleh dikaitkan dengan sebarang senjata.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti objek yang menyebabkan cermin kereta pengadu dipecahkan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan maklumat yang ingin disalurkan kepada pihak polis boleh menghubungi talian 07-7784222atau hotline 07-7766822. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu