Social
1K

Suami isteri ditahan kes video tular dakwa minum racun

Seremban – Polis menahan sepasang suami isteri berusia 29 tahun di sini malam tadi dan awal hari ini berikutan video tular memaparkan dakwaan lelaki berkenaan memberi minum racun kepada anak lelakinya, isteri serta dirinya sendiri, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata lelaki itu ditahan pada 10.20 malam manakala isterinya pada 3.15 pagi tadi.

Beliau berkata menerusi video itu, lelaki berkenaan menunjukkan perlakuan memberi minum racun kepada anak lelakinya yang berusia sembilan bulan dan isterinya.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Seremban. Satu laporan polis telah diterima mengenai video yang tular itu kerana ia boleh menjadi ikutan dan dorongan tidak baik kepada masyarakat selain unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kes itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menunjukkan perlakuan yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka yang terlibat.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 16 minit 03 saat memaparkan seorang lelaki melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dengan mendakwa memberi minum racun kepada anak lelaki, isteri dan dirinya sendiri, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu