Social
419

Suami kantoi curang, teman wanita larikan diri

New Delhi – Niat seorang lelaki di India untuk menghadiahkan teman wanitanya pakaian tidak kesampaian apabila isterinya mengetahui rahsia dia curang.

Memetik India.com, kejadian memalukan itu berlaku di sebuah pasar di Shastri Nagar, Meerut, Uttar Pradesh, seorang wanita, Ayesha menangkap suaminya, Adnan, ketika sedang membeli pakaian bersama wanita lain.

Akibat marah dikhianati, wanita itu memukul suaminya di khalayak ramai selepas berlaku pertengkaran antara mereka, manakala teman wanita lelaki itu melarikan diri.

Polis akhirnya berjaya mengawal kekecohan itu sebelum pasangan itu dibawa ke balai polis.

Menurut keterangan Adnan, dia mendakwa sudah menceraikan isterinya dan menuduh wanita itu mahu membunuhnya, namun tidak dapat mengemukakan buktinya.

Bagaimanapun Ayesha, menangkis dakwaan suaminya itu dengan membuat laporan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Aktivis sosial yang tiba di balai polis itu turut menuntut tindakan tegas diambil terhadap lelaki itu.

Menurut laporan media tempatan, Aaj Tak, pasangan itu berkahwin setahun lalu.

Ayesha mendakwa dirinya sering dipukul suaminya dan dia mula mengesyaki lelaki itu curang terhadapnya sebelum menemui suaminya bersama wanita lain di kedai memilih pakaian.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu