Social
370
0

Suami tembak isteri 14 kali sebelum bunuh diri

Brasilia – Pertengkaran mengenai salah satu kandungan klip video yang dimuat naik seorang influencer TikTok di Brazil dipercayai menjadi punca dia ditembak mati suaminya sebelum lelaki itu menembak dirinya sendiri.

Daily Star melaporkan pertengkaran yang membawa kepada kematian Eliaine Ferreira Siolin, 35, dan suaminya, Alejandro Antonio Aguilera Cantallupi, 41, disaksikan anak perempuan mereka berusia enam tahun.

Mayat kedua-duanya ditemui di lokasi acara barbeku keluarga mereka di Nova Itamarati, Ponta Pora, di sempadan Paraguay pada 24 Januari lalu.

Mayat Eliane ditemui dengan 14 kesan tembakan dan lengan kanannya patah manakala Antonio hanya satu kesan tembakan pada kepalanya.

Polis menemui sepucuk pistol dan beberapa kelongsong peluru di sisi mayat berkenaan.

Media tempatan melaporkan pasangan itu bertengkar kerana sebuah video klip di muat naik Eliaine, bagaimanapun tiada bukti kukuh mengenai dakwaan itu.

Pegawai Polis Analu, Ferraz mengesahkan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Katanya, rakan pasangan itu turut mendedahkan mereka kerap bertengkar walaupun di tempat awam.

Akaun TikTok Eliaine memiliki lebih 58,000 pengikut dan wanita itu kerap menggunakan platform itu dengan menyiarkan video klip mengenai dirinya dan berpakaian menjolok mata. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu