Social
658

Suami tergamak jahit kemaluan isteri

New Delhi – Seorang suami seperti dirasuk syaitan apabila tergamak menjahit kemaluan isterinya yang dituduh curang.

The Sun yang memetik laporan media tempatan melaporkan, suspek yang berusia 25 tahun pada mulanya meminta isterinya melakukan ujian untuk membuktikan kesetiaan.

Namun, si suami bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa serta menjahit kemaluan isterinya menggunakan benang aluminium.

Peristiwa kejam itu terjadi di daerah Rampur, Uttar Pradesh.

Susulan kejadian, mangsa yang berusia 24 tahun mengalami pendarahan teruk manakala suaminya melarikan diri.

Mangsa dilaporkan bertindak menghubungi ibunya yang kemudian membawanya ke hospital terdekat di daerah Rampur.

Ibu mangsa juga melaporkan kejadian kejam itu kepada polis Milak atas kelakuan menantunya yang tidak masuk akal.

“Ketika ini, mangsa sedang mendapat rawatan lanjut,” kata pegawai polis Rampur, Shogun Gautam.

Gautam menegaskan, suspek yang bekerja sebagai pemandu berjaya ditahan dan berjanji akan memasukkan lelaki itu ke penjara.

Salah seorang doktor yang merawat mangsa menerangkan, kelakuan suspek benar-benar kejam kerana isterinya mengalami luka serius.

“Kami akan memastikan dia mendapat rawatan terbaik. Ketika ini, keadaannya baik dan kami berharap dia boleh segera pulang,” katanya.

Dalam pada itu, wanita itu mendakwa suaminya sering menyeksanya tanpa sebarang alasan.

Polis berkata, pasangan yang sudah berkahwin selama dua tahun itu sebenarnya pernah dikurniakan anak tetapi bayi itu meninggal dunia sebaik dilahirkan. – The Sun

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu