Social
396

Sub Komander Abu Sayyaf mati ditembak

Kota Kinabalu – Perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Sabah, Apo Mike, mati ditembak polis Filipina, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Apo Mike disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina. Bagaimanapun kita masih menunggu maklumat lengkap mengenai kejadian itu,” katanya dihubungi, hari ini.

Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah seorang sub-komander Abu Sayyaf.

Apo Mike dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 2016.

Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone). – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu