Nation
2K

Sultan Johor kesal poster lama dengan Najib diputar belit

Johor Bahru – Sultan Ibrahim Iskandar kesal dengan penularan sebuah poster lama bersama keterangan kononnya baginda memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sultan Johor yang memuat naik kenyataan bersama poster berkenaan di akaun Facebook rasmi, bertitah poster itu diputar belit mengikut konteks tidak tepat, sedangkan ia sebenarnya diambil daripada satu temu bual eksklusif bersama sebuah akhbar yang disiarkan pada 27 Disember 2015.

“Titah kenyataan saya waktu itu adalah berkaitan situasi pentadbiran negara pada waktu berkenaan dan tidak diguna pakai dalam keadaan negara pada waktu kini. Penularan poster itu pada ketika ini berniat jahat dan jelas ingin mengheret Institusi Diraja Johor ke dalam isu-isu politik semasa negara,” titah baginda.

Sultan Ibrahim menegaskan, baginda sedar kedudukan sebagai sultan bermaksud tidak berpihak kepada mana-mana parti mahupun ahli politik dan sebagai Raja Berperlembagaan, baginda tidak mencampuri mana-mana parti atau perikatan politik yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum (PRU).

“Ketika Johor melantik tiga Menteri Besar dalam tempoh dua tahun (2018-2020), saya telah menerima keputusan kerajaan berkenaan dan memberikan kerjasama kepada mereka semua.

“Kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya dan Institusi Diraja Johor, tidak kira siapa pun yang memegang tampuk pentadbiran kerajaan,” titah baginda. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu