Nation
460

Sultan Johor terima menghadap PM Muhyiddin

Johor Bahru – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi baginda bertitah pertemuan Muhyiddin bersama baginda bertujuan untuk santapan tengah hari dan mempersembahkan perkembangan situasi negara pada masa ini.

“Saya menjemput beliau (Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah baginda.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Iskandar Puteri.

Persidangan itu dirasmikan oleh Sultan Ibrahim, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu