Nation
286

Sultan Johor terima menghadap TPM Ismail Sabri

Johor Bahru – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, di sini, pagi tadi.

Sultan Ibrahim dalam muat naik di akaun Facebook rasmi baginda bertitah, pertemuan berkenaan berlangsung selama kira-kira sejam.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira 10.45 pagi dan pertemuan bersama Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam.

Difahamkan Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, petang ini.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu