Social
437

Sumbang mahram : Juruteknik direman 7 hari

Bukit Mertajam – Seorang juruteknik kilang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes sumbang mahram membabitkan anak perempuannya yang berusia 18 tahun.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Hasliza Razak, membenarkan perintah reman bermula hari ini hingga 4 Jun depan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada jam 9.45 pagi tadi dengan berpakaian lokap.

Semalam, suspek berusia 45 tahun itu berjaya ditahan di sekitar kawasan Bukit Tengah, di sini, jam 4.45 petang.

Ia susulan laporan polis dibuat anak perempuan suspek, Selasa lalu, yang mendakwa sudah tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandungnya sejak berusia enam tahun.

Berdasarkan aduan diterima, mangsa mendakwa dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks, selain pernah diliwat suspek. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu