Nation
277

Surat Hishammuddin dipecat daripada Umno adalah palsu

Petaling Jaya – Tipu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak dipecat dari UMNO, demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii.

Katanya, surat yang kononnya Menteri Luar itu dipecat yang tular hari ini adalah palsu.

“Hishammuddin tidak dipecat dari UMNO dan surat tersebut palsu.

“Tiada Mesyuarat MKT UMNO pada hari ini,” kata Razlan ketika ditanya mengenai perkara itu.

Surat yang telah tular bertarikh 11 Jun 2021 kononnya ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pelucutan keahlian serta merta Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Hishammuddin di bawah Fasal 10.6 Perlembangaan UMNO. — Utusan Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu