Social
304

SUSK menteri cedera dalam kemalangan

Petaling Jaya – Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) seorang menteri patah tulang hidung dan pipi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM14.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala Damansara dalam satu kejadian, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata siasatan awal mendapati kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 47 tahun yang memandu kereta jenis Proton X70 tersebut terlanggar sebuah objek besi yang berada di tengah jalan raya itu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa hilang kawalan sehingga melanggar penghadang kiri jalan, katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

“Objek besi itu berkemungkinan terjatuh daripada lori yang melalui jalan berkenaan kerana semasa kejadian tiada kerja pembinaan dijalankan di sekitar kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dihantar ke hospital swasta untuk rawatan manakala kereta yang dipandunya mengalami pelbagai kerosakan di bahagian hadapan.

Nik Ezanee meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk berhubung dengan pegawai penyiasat trafik Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di 03-79662176. — Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu