Social
215

Suspek sebabkan kematian anggota polis direman

George Town – Suspek yang dipercayai menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kemalangan di Jalan Utama di sini awal pagi semalam direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi hari ini berkata, suspek berusia 35 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Sabtu depan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi itu, Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, yang baru 18 bulan bertugas terbunuh selepas terbabit kemalangan ketika mengejar seorang suspek.

Ketika kejadian, mangsa dari Balai Polis Dato Keramat dan dua rakannya sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum melihat seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Suspek yang kemudiannya melarikan diri cuba dikejar oleh anggota terbabit sebelum motosikal ditunggangi Muhammad Iqbal bergesel dengan motosikal suspek sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu