Nation
591

Susur Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat ditutup esok

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup laluan susur dari Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) esok dari 8 pagi hingga 8 malam.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penandaan jalan selepas turapan di laluan berkenaan.

“Pengguna laluan ini boleh menggunakan jalan alternatif sedia ada di hadapan susur ini selepas simpang Taman Len Seng/Cheras Sentral Mall untuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dan Taman Connaught,” menurut kenyataan itu.

DBKL juga menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu