Nation
479

Susur Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat ditutup Jumaat ini

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup laluan susur dari Lebuhraya Cheras-Kajang ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) pada Jumaat ini dari 8 pagi hingga 8 malam.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan aliran trafik dan penutupan itu susulan kerja membaik pulih sistem perparitan serta memperbaharui permukaan jalan pada bahagian terowong tersebut.

“Pengguna laluan ini boleh menggunakan laluan alternatif sedia ada di hadapan susur ini selepas simpang Taman Len Seng/Cheras Sentral Mall untuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dan Taman Connaught,” menurut kenyataan itu.

DBKL juga menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, lapor Bernama.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu