Social
482

SUV langgar penghantar makanan disiasat

Ipoh – Polis membuka kertas siasatan berhubung kemalangan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan motosikal penghantar makanan yang videonya tular sejak semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam di Jalan Ampang-Tambun, di sini dan berhadapan Balai Polis Tambun.

Beliau berkata, polis sudah menerima laporan pemandu SUV terbabit iaitu lelaki berusia 48 tahun, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu SUV berkenaan mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan, sebelum menghimpit lalu melanggar motosikal mengakibatkan mangsa berusia 34 tahun terjatuh.

“Suspek melarikan diri sejurus melanggar mangsa dan mangsa cedera ringan pada lutut dan siku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Katanya, sabit kesalahan suspek boleh didenda di antara RM5,000 hingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi 12 bulan bagi sabitan pertama; atau denda RM10,000 hingga RM15,000, dan penjara tidak melebihi 12 bulan, serta hilang kelayakan lesen memandu bagi sabitan seterusnya, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu