Social
210

Syabu disorok dalam beg sekolah

Kepala Batas – Polis merampas dadah jenis syabu seberat 5.2 kilogram (kg) bernilai RM204,400 yang disorok dalam beg sekolah kanak-kanak ketika serbuan sebuah rumah dekat sini, kelmarin.

Rampasan dibuat selepas polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis menyerbu sebuah rumah pada jam 5.30 petang kelmarin sebelum menahan keempat-empat suspek berusia lingkungan 42 hingga 59 tahun.

“Pemeriksaan lanjut dalam rumah itu menemui satu beg sekolah kanak-kanak mengandungi syabu seberat 5,244 gram (g) bernilai RM204,400 yang dipercayai menjadi taktik suspek mengelirukan pihak berkuasa.

“Polis merampas semua dadah berkenaan dan menyita dua kereta jenis Perodua Myvi dan Kenari serta wang tunai RM1,050 untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, dadah dirampas itu boleh digunakan antara 4,000 hingga 5,000 penagih dan dipercayai untuk pasaran sekitar Kepala Batas.

Noorzainy berkata, semakan mendapati seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau.

“Ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu