Social
118

Syed Izzat tempat bergantung cari rezeki : Ibu

Kuala Lumpur – Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya dan mencari rezeki untuk keluarga, kata ibu seorang penghantar makanan GrabFood yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut semalam.

Ketika kejadian berlaku, Syed Izzat Izzudin, 20, sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, di sini, sebelum dahan itu menghempapnya berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.

Ibunya Inang Suhana Abu Bakar, 42, berkata Syed Izzat, yang mati serta-merta di tempat kejadian, adalah seorang anak yang rajin membantu keluarga.

“Saya sekarang ini memang sedih kerana tidak boleh terima kenyataan cara kematian dia. Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang) tetapi tidak sangka berlaku kepada anak sendiri,” katanya kepada Bernama hari ini.

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu