Nation
1K

Syed Saddiq kumpul dana lebih RM700,000 dalam tempoh 24 jam

Petaling Jaya – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul dana bagi membayar wang jaminan serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan.

“‘Saya terhutang budi dengan Malaysia; 24 jam; RM715,573.77; 9,836 penyumbang. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Saya selamanya terhutang budi.

“Saya tidak akan berhenti sehingga kita berjaya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia,” Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Jelas beliau, dana yang berjaya dikumpul menerusi kempen ‘Saddiq Tetap Lawan’ itu lebih dari mencukupi untuk membuat bayaran jaminan.

“Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan. Tiada ugutan, tiada intimidasi dan tiada tawaran yang akan melemahkan tekad saya untuk meletakkan Malaysia sebagai yang utama.

“Saya di sini kerana rakyat, jatuh bangun di tangan rakyat, terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua,” ciapnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah, Kuala Lumpur semalam di atas dua pertuduhan iaitu penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta dan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak mengaku bersalah ke atas kedua-dua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi kesalahan pertama dan RM30,000 bagi kesalahan kedua dengan masing-masing seorang penjamin.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu