Nation
159

Syed Saddiq mengaku tak bersalah

Johor Baharu – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Syed Saddiq, 28,yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Syed Saddiq didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling di sini pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu