Social
176
0

Tabiat pelik remaja perempuan terbongkar

London – Seorang remaja perempuan di United Kingdom (UK) yang pengsan dua kali membongkar rahsia dia sebenarnya mempunyai tabiat pelik yang gemar makan rambutnya sendiri.

Akibatnya, individu berusia 17 tahun itu terpaksa dibedah selepas bebola rambut sepanjang kira-kira 15 sentimeter dikesan dalam perutnya.

Lebih malang, bebola rambut itu sudah mengambil sebahagian besar ruang di dalam perut pesakit itu.

Kejadian mengejutkan itu dilaporkan di dalam jurnal BMJ.

Menurut laporan berkenaan, mangsa kini pulih selepas doktor mengeluarkan bebola rambut berkenaan.

Ia turut menyatakan remaja itu sebenarnya mempunyai Sindrom Rapunzel yang mana dia secara kompulsif memakan rambutnya sendiri.

Keadaan itu menyebabkan bebola rambut memenuhi keseluruhan perut pesakit, menurut doktor di Queen’s Medical Center di Nottingham.

Berdasarkan laporan itu, remaja terbabit dibawa ke hospital selepas dua kali pengsan dan mukanya lebam.

Doktor kemudian mendapati bengkak di bahagian atas perut individu terbabit.

Remaja itu juga memaklumkan sakit perut selama lima bulan sebelumnya dan bertambah kritikal dalam tempoh dua minggu sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Imbasan tomografi (CT) kemudian menunjukkan ada jisim besar di dalam perutnya yang sudah membuncit.

Remaja itu mempunyai sejarah trikotilomania iaitu keinginan untuk mencabut rambut seseorang dan trichophagia iaitu gemar makan rambut. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu