Social
300

Tahanan ditemui mati tergantung dalam lokap

Tawau – Seorang tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemui meninggal dunia dipercayai menggantung diri ketika berada dalam lokap sementara di Pejabat Penguatkuasa Kastam petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian terbabit disedari petugas lokap pada pukul 2.40 petang sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sepasukan anggota dan pegawai terus dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Siasatan mendapati tahanan yang menggantung diri itu adalah seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

“Lelaki terbabit ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan berkaitan kejadian terbabit, lapor Kosmo Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu