Social
939

Tahanan mati ketika cuba larikan diri : Polis

Shah Alam – Polis mengesahkan seorang tahanan mati ketika cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkap dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku pukul 1.50 petang apabila pegawai penyiasat kes berpangkat sarjan sedang mengiringi tahanan itu iaitu Umar Faruq Abdullah, 36, ke lokap selepas mengambil keterangan.

“Semasa tahanan menuruni tangga daripada tingkat 2 ke tingkat satu telah bertindak menolak pegawai penyiasat itu dan cuba melarikan ke arah tingkap terbuka di tangga berkenaan.

“Tahanan kemudiannya terjun dan telah jatuh di luar konkrit pemisah antara tingkat satu dan dua sebelum terjatuh ke atas sebuah motosikal di kawasan parkir.

“Ini menyebabkan keretakkan pada bahagian tempurung kepala dan muka tahanan tersebut. Bedah siasat terhadap mayat tahanan itu akan dilakukan petang ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan beralamat di Kampung Jawa, Klang itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

Ujar Arjunadi, dia sebelum ini ditangkap kelmarin bagi membantu siasatan kes mencuri tong gas dan direman selama empat hari.

“Pegawai penyiasat itu telah ditukarkan serta-merta dan siasatan kini memfokuskan kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), kecuaian dan ‘Duty of Care’ dan kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan.

“Kes juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. — Kosmo Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu