Nation
794

Tahanan meninggal dunia di IPD Gombak akibat serangan jantung : Polis

Kuala Lumpur – Polis mengesahkan punca kematian seorang lelaki ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam adalah disebabkan arcute myocardial infarction atau serangan jantung.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pengesahan berkenaan dibuat susulan laporan bedah siasat dikeluarkan Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur hari ini, selepas proses itu dilakukan antara pukul 9.30 pagi dan 1.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas tubuh (mayat) lelaki itu telah dilakukan dengan disaksikan ahli keluarganya, dan mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan agar satu prosiding inkues berhubung kematian ini dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe dilaporkan berkata seorang tahanan polis meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari selepas mengalami sesak nafas semasa ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah di IPD Gombak.

Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu memiliki dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu