Social
397

Tahanan polis meninggal dunia di hospital

Kota Baharu – Seorang tahanan polis meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata tahanan berusia 48 tahun itu, tiba-tiba diserang sawan dan kekejangan, lapor BH Online

Katanya, anggota bertugas kemudian menelefon pihak hospital dan membawa tahanan ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, tahanan itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam kelmarin, akibat sawan namun bedah siasat mendapati berlaku pendarahan otak dan tiada sebarang kecederaan luar ditemui.

“Tahanan yang berasal dari Kampung Bechah Mulong, Peringat itu, ditahan anggota polis di Jalan Maju, di sini, pada Selasa lalu, selepas menerima aduan kerana berisiko membahayakan orang awam.

“Sewaktu tangkapan dilakukan, tahan ini yang juga gelandangan membawa sebilah pisau dan dalam keadaan meracau tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod sebagai pesakit sawan selain memiliki dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 61 Bahan Kakisan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu