Social
161

Tahi lalat bertukar jadi kanser kulit

London –  Wanita ini tidak menyangka tahi lalat di wajahnya boleh bertukar menjadi kanser kulit.

Portal Metro.uk melaporkan, Megin Davies mula merasakan tahi lalat di pipinya menjadi besar selepas mengandung.

Pada mulanya dia hanya menyangkakan kemungkinan ia adalah kerana perubahan hormon.

Bagaimanapun, seorang doktor gigi menasihatkan wanita dari Brisbane, Australia itu membuat pemeriksaan tahi lalatnya.

Sebaik pemeriksaan, hancur luluh hati wanita berusia 40 tahun itu apabila disahkan menghidap melanoma tahap dua pada Februari lalu iaitu setahun selepas kelahiran anak perempuannya, Bella-Reign.

“Ia adalah hormon kehamilan yang mempercepatkan lagi pertumbuhan sel kanser. Saya tidak tahu itu boleh berlaku jadi saya sangat terkejut.

“Saya tidak pernah menyangka menghidap kanser kulit disebabkan tahi lalat kecil ini di pipi sepanjang hidup saya,” katanya.

Megin yang juga ibu kepada Tiana, 18, Cooper, 14, dan Chobi, 7, menjalani pembedahan untuk membuang tahi lalat serta kulit berukuran tiga sentimeter (cm) dari hidung ke dagunya sehingga meninggalkan parut selebar 3cm dan panjang 12cm bagi mengelak kanser merebak. – Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu