Nation
570

Tajuddin dikompaun RM1,500

Kuala Lumpur – Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500 apabila gagal memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang akhbar berkaitan insiden kemalangan melibatkan dua buah tren ibu negara Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Tajuddin telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara di Putrajaya, semalam.

“Pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan agar beliau dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi wabak Covid-19.

Terdahulu, PDRM sebelum ini memaklumkan telah membuka kertas siasatan ke atas Tajuddin selepas didakwa tidak memakai pelitup meuka ketika mengadakan sidang akhbar berkaitan pertembungan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran KLCC 25 Mei lalu. — Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu