Nation
6K

Takiyuddin sedang disiasat : KPN

Kuala Lumpur – Bukit Aman sudah menerima laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang merujuk kepada kenyataannya, Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Sekiranya diperlukan, individu-individu yang berkaitan dengan siasatan berkenaan akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Takiyuddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Laporan polis berkenaan dipercayai merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Takiyuddin, semasa program Bicara Harakah bertajuk ‘Proklasmasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya, Rabu lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, Rabu lalu menzahirkan pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, bagi menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Bagaimanapun, Takiyuddin Rabu lalu berkata pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen dibuat secepat mungkin tidak memperinci tarikh perlu diadakan. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu