Social
184

Taktik rompak guna selipar terbongkar

Jakarta – Taktik merompak menggunakan selipar sehingga mengaut keuntungan puluhan juta rupiah akhirnya terbongkar selepas pihak polis memberkas tiga lelaki, awal bulan lalu.

Lapor Tribunnews, modus operandi geng penjenayah itu adalah menendang tayar kenderaan mangsa sehingga pancit sebelum merompak mereka ketika memeriksa tayar kenderaan yang menjadi kempis.

Ketua Polis Bogor, Harun berkata, dalam kejadian yang berlaku awal bulan lalu, seorang mangsa mengalami kerugian selepas beg berisi 70 juta rupiah (RM19,921) yang merupakan gaji pekerjanya diragut termasuk buku cek dan jam tangan.

Jelasnya, semasa insiden itu, kumpulan pertama penjenayah memasuki bank di Gunungputri untuk mencari mangsa yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar.

Selepas mengenal pasti mangsa, mereka akan memaklumkan kepada rakan penjenayah lain bagi melaksanakan tugas seterusnya.

“Tiga suspek yang ditangkap dikenali sebagai IR, 36, AS, 27, BU, 35 manakala, seorang lagi suspek AN masih dalam buruan pihak polis.

“Kegiatan jenayah ini merupakan komplot dari Lampung dan kesemua mereka mempunyai peranan masing-masing. Mereka dipecahkan kepada dua kumpulan, dua suspek menaiki motosikal, seorang memantau dan seorang lagi melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau malah memberitahu, kesemua suspek mempelajari kaedah merompak itu daripada Youtube. – Tribunnews

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu