Kuala Lumpur Post

Social

Taman tema Genting Highlands terbakar

BENTONG — Satu kebakaran dilaporkan berlaku di taman tema Genting Skyworlds (outdoor), Genting Highlands sekitar jam 4.55 petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun tidak mengulas lanjut.

“Setakat ini saya sahkan,” katanya ringkas ketika ditanya berkenaan beberapa video tular yang memaparkan kejadian itu.

Terdahulu tular beberapa klip video memaparkan beberapa kawasan di pusat peranginan itu sedang terbakar yang dimuat naik beberapa pengguna media sosial sejak jam 5 petang tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dalam kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting, BBP Bentong dan PBS Janda Baik dikerah ke lokasi sejurus terima panggilan jam 4.55 petang.

“Kebakaran membabitkan bangunan Theme Park Genting Highlands.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran berlaku di bahagian dinding di tingkat dua dan api mula merebak ke tingkat atas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman sedang giat dijalankan.