Nation
289
0

Tanah runtuh : Jalan satu lorong dibuka di KM18.5 Jalan Kuala Lumpur-Luala Lipis

Kuala Lumpur – Polis membuka jalan satu lorong kepada kenderaan ringan di Kilometer 18.5 Jalan Kuala Lumpur-Kuala Lipis berhampiran Sungai Gumut, Hulu Selangor, dekat sini, susulan kejadian tanah runtuh di lokasi berkenaan tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, berkata pembukaan lorong itu akan membolehkan kenderaan ringan dari kedua-dua arah, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Arshad berkata pihaknya sebelum ini menutup kedua-dua arah jalan berkenaan bagi kerja-kerja pembaikan dan pembersihan yang dijangka mengambil masa dua hari untuk disiapkan pihak Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor.

“Pihak polis sebelum itu menerima maklumat kejadian tanah runtuh itu pada 12.30 tengah hari daripada pusat kawalan Bilik Gerakan Hulu Selangor.

“Susulan kejadian itu, papan tanda amaran bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan ditempatkan di situ,” katanya kepada Bernama.

Arshad berkata kerja-kerja berkenaan masih diteruskan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku ekoran kejadian itu. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu