Nation
239

Tapah tetap dekat di hati saya : Saravanan

Tapah, 6 July ‘21- Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan telah turun padang bagi mengedarkan bantuan bekalan makanan kepada warga Tapah.

Keperluan dan nasib masyarakat kawasan Parlimen Tapah yang beliau wakili tidak pernah diabaikan, sentiasa menjadi keutamaan beliau.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 sehinggalah Fasa 3,Saravanan telah mengedarkan lebih 30,000 kotak makanan kepada masyarakat kawasan Tapah, termasuklah masyarakat orang asli.

Menurut beliau, sejumlah 7,000 lagi kotak makanan sedang diedarkan di Parlimen Tapah masa ini.

Saravanan juga berterima kasih kepada semua anggota jentera Barisan Nasional serta petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tapah di atas komitmen serta dedikasi di dalam memastikan tiada anggota masyarakat yang terpinggir dari bantuan yang disalurkan.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu